30 May 2011

S.E.N.A.N.G

saya cuma mahu senangkan semua orang walaupun saya susah. itu takpe. saya senang hati kalau family saya senang. saya senang jika lihat mereka gembira. senyuman mereka satu kepuasan pada diri saya. masa di kolej, saya selalu tak cukup makan@makan ala kadar saje sebab nak bagi ibu bapa saya senang. saya hulurkan duit belanja hasil ptptn sebab saya tau mereka kesuntukan duit belanja. adik beradik ramai. masing2 masih sekolah waktu itu. walaupun yuran uitm tak mahal macam u lain, saya masih berjimat. makan pagi saya hanya biskut. makan tengahari saya hampir setiap hari lauk telur @ sup kosong yang kosnya hanya RM2-3 sahaja. makan malam saya selalunya nasi goreng kosong= RM 1 @ RM2 jika ditambah dengan ayam goreng. (mungkin sebab itu juga saya kurus) sebab tu jugak bila saya abis diploma, duit ptptn saya masih banyak. saya bantu abah untuk siapkan rumah idamannya. semua itu buat saya senang. saya juga sempat belikan sebuah tv baru hasil daripada simpanan saya.

saya dan 2 adik yang lain jarang merasa senang. kami jarang makan di luar. kenderaan yang ade hanyalah mitsubishi buruk yang serik rosak. (banyak kenangan bersama kereta itu,kela akan diceritakan) kalau abah cakap jom jalan2, kitorang rase hepi sanagt macam nak hari raye. tapi sekarang, hampir setiap bulan saya bawak adik2 n parents makan kat luar dan bercuti. saya beli mpv untuk mudahkan pergerakan kami 1 family.  saya nak diorang merasa kesenangan itu. tapi adik2 tak faham. diorang tak menghargai kesenangan yang diorang dapat. macam2 hal diorang buat. sebab diorang tak pernah merasa kesusahan itu. langkah baru yang saya ambil, adalah menyekat kesenangan itu untuk mereka. supaya diorang pandai berfikir dan beri penghargaan kepada abah dan mak yang selama ni bersusah payah besarkan kami.

sekarang, saya berfikir untuk kesenangan untuk diri sendiri dan juga keluarga pada masa depan. dengan gaji sekarang, senang itu hanya sekejap sahaja. belum sampai tengah bulan, saya akan merasa tak senang hati. memang duit bukan segalanya. tapi dengan duit jugak kadang2 akan memberi kebahagiaan atau kegembiraan pada semua. saya bertekad untuk mencuba bidang baru yang akan membantu meringankan sedikit rasa tidak senang hati saya pada setiap tengah bulan. bidang ini akan menyumbangkan sedikit wang tambahan kepada diri saya. saya ingin mencuba, sekiranya berjaya, alhamdulillah. itu rezeki saya dan family.

dengan gaji yang tidak seberapa, dicampur dengan hutang yang menimbun, sesiapa pun tidak akan senang hati bukan? gaji yang berjumlah RM 2700 ditolak kwsp segala hanya tinggal RM 2200. Tolak lagi hutang kereta RM 750 + bil2 RM 150 (RM 900) = baki RM 1300. Sumbangan kepada abah dan mak sebanyak RM 600, maka tinggalah pada saya RM700 untuk perbelanjaan bulanan termasuk makan dan minyak. baki ini juga saya akan bawa adik2 n family makan di luar. jadi, mana SENANG nya saya? sebab itu saya mahu juga mencari keSENANGan itu walaupun apa yang akan diperoleh hanyalah sedikit. sekurang2nya boleh membantu saya seadanya. 

saya juga ingin berkeluarga. mempunyai keluarga sendiri adalah impian semua orang bukan? saya juga ingin keluarga say SENANG. dengan gaji sebanyak ini, tak mungkin keluarga sendiri saya akan senang bukan? dan tak mungkin juga saya akan membiarkan adik2 saya dan parents saya selepas saya kahwin bukan? biar mereka terutama sekali ibubapa saya senang sehingga akhir hayat mereka. itu hajat saya. semoga dipermudahkan olehNya..amin...

20 May 2011

Daki Tingkat 6

Hari ni mendaki ke opis. Berjaya walaupun pancit di tingkat 4. Takpe2, klu wat hari2, mst xpancit dah kan?? huhu..objektif mendaki adlh disebabkan x exercise lgsg. so, badan pun x fit. bile naik tangga yg 2 tingkat je pun,dh tmengah2 mcm lari 100meter. Jadi azam slps ni adlh utk mendapat ke"fit"an kembali. Nk tunggu main netball smule, ntah bile la nak mule.. Jadi, sy mulakan latihan dgn awal. Bagus jugak utk kesihatan badan kan?Caiyok2 eiza =)

Jadual keserasian darah

Jadual keserasian sel darah merah[58][59]
Penerima[1] Penderma[1]

O− O+ A− A+ B− B+ AB− AB+
O− Check markY






O+ Check markY Check markY





A− Check markY
Check markY




A+ Check markY Check markY Check markY Check markY



B− Check markY


Check markY


B+ Check markY Check markY

Check markY Check markY

AB− Check markY
Check markY
Check markY
Check markY
AB+ Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check markY Check mark