15 April 2011

Tips untuk mencegah sakit pinggang

  1. Selalu melakukan pemanasan badan sebelum latihan olah raga atau kegiatan fisik lainnya yang berat.
  2. Jangan membungkuk ketika berdiri atau duduk. Ketika berdiri, jaga titik berat badan Anda agar seimbang pada kaki Anda. Saat bekerja di rumah atau di kantor, pastikan permukaan pekerjaan Anda berada pada ketinggian yang nyaman untuk Anda. Duduklah di kursi dengan sandaran yang baik dan posisi dan ketinggian yang tepat untuk tugas tersebut.
  3. Selingi duduk Anda dengan secara berkala berjalan-jalan atau melakukan peregangan otot ringan untuk mengurangi ketegangan. Jika Anda harus duduk untuk jangka waktu yang panjang, istirahatkan kaki Anda di bangku rendah atau tumpukan buku.
  4. Kenakan sepatu yang nyaman dan bertumit rendah.
  5. Tidurlah dengan miring untuk mengurangi tekanan pada tulang belakang Anda. Selalu tidur di permukaan yang cukup padat, jangan terlalu empuk.
  6. Mintalah bantuan orang lain bila Anda mengangkat benda yang berat.
  7. Jangan mengangkat dengan membungkuk. Angkat objek dengan menekuk lutut Anda dan berjongkok untuk mengambil objek. Jaga punggung lurus dan terus dekatkan objek ke tubuh Anda. Hindari memutar tubuh saat mengangkat.  Lebih baik mendorong  daripada menarik ketika Anda harus memindahkan benda berat.
  8. Jaga nutrisi dan diet yang tepat untuk mengurangi dan mencegah berat badan berlebihan, terutama lemak di sekitar pinggang. Diet harian yang cukup kalsium, fosfor, dan vitamin D membantu menjaga pertumbuhan tulang baru
  9. Jika Anda merokok berhentilah.Merokok mengurangi aliran darah ke tulang punggung bagian bawah dan menyebabkan cakram tulang belakang mengalami degenerasi.
  10. Berolahragalah secara teratur. Gaya hidup aktif berkontribusi dalam mencegah  nyeri pinggang.

Pembetulan Tulang Belakang

Telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita, meminta anak-anak agar dapat berjalan dan memijak diatas belakang dalam keadaan kita tidur meniarap. Kaedah ini akhirnya menjadi satu method pengubatan yang berkembang di dunia yang dikenali sebagai pengubatan kiropraktik. Di sudut maknanya kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang. Selari dengan perkembangan method ini, ada satu lagi kaedah yang hampir sama tetapi lebih meluas dari manipulasi tulang belakang iaitu “shiatsu”.

Namun begitu PTB (Pembetulan Tulang Belakang) yang kita kemukakan ini merupakan method pengubatan Melayu (JAWI) yang banyak digunakan oleh perawat-perawat terutama para bidan kampung. Tujuan awal kaedah ini ialah untuk memberikan urutan selepas bersalin kerana wanita yang bersalinlah yang banyak menghadapi masalah tulang belakang.

Di sudut yang lain, PTB perubatan Jawi juga menggunakan besi panas yang saya kira lebih efektif daripada penggunaan tangan kosong “ kiropraktik” dan “shiatsu”. Besi panas yang dimaksudkan bukanlah “al kay” seperti yang dilarang dalam hadis tetapi kaedah bertungku yang betul. Berat tungku juga diambil kira pada mengikut berat badan pesakit. Selain daripada itu bagi kes tertentu pijakan dengan kaki juga dilakukan.
Tulang belakang terdiri daripada ruas Cervical (7), ruas Thoracic (12), ruas Lumbar (5), ruas Sacrum, ruas Coccyx (tulang ekor).

Punca  Sakit Tulang Belakang.

Ibu hamil
  1. Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
  2. Semakin lama kandungan menjadi semakin berat.
  3. Dibetulkan selepas melahirkan anak.
Cara menyambut anak ketika kelahiran.
  1. Dislokasi tulang cervical
  2. Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
  3. Pendengaran juga menjadi kurang peka.
  4. Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.
Kecederaan/kesakitan sebelah kaki
  1. Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.
Duduk yang lama terutama diatas kenderaan
  1. Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.
Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
  1. Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.
Kasut yang kurang kualiti
  1. Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.
Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
  1. Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak kuat.
Tilam yang tidak berkualiti
  1. Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa .
Lumpuh
  1. Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.
Kecederaan sewaktu bersukan.
  1. Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.
Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
  1. Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.
Bantal tidur yang terlalu tinggi.
  1. Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
Obesiti
  1. Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.
Kemalangan
  1. Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
Kurang air dalam badan.
  1. Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.
Sakit Belakang
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.
Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor lain yang perlu diambil kira seperti :-
  1. Patah
  2. Tulang haus
  3. Tulang kering
  4. Bentuk tulang
Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti :-
  1. Lordosis dan kifosis(bongkok)
  2. Skoliosis.(tulang bentuk s)
Pemahaman Ilmu PTB
Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah juga merupakansatu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas akhir tulang(lihat gambar rajah). Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri daripada Kalogen(protein) dan mineral.
Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah 1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.

Pemeriksaan Tulang Belakang
Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat secara jelas.

Jari tangan
  1. Bengkok terutama jari kelingking
  2. Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan
  3. Rasa kebas di hujung-hujung jari.
Kepala
  1. Sakit kepala
  2. Stress yang berpanjangan
  3. Tekanan jiwa
Pinggang
  1. Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki
Jantung
  1. Laju
Demikianlah tanda-tanda yang boleh difahami akibat dari masalah tulang belakang. Walahua’lam.

Masalah Cakera Tulang Belakang



oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami masalah sakit pinggang dan belakang. Walaupun dulu ia sering dikatakan sebagai tanda penuaan, kini ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

Sakit pinggang dan belakang boleh melumpuhkan aktiviti harian seseorang. Apatah lagi jika kesakitan itu keterlaluan dan 'menjalar' ke bahagian badan lain. Masalah ini juga memaksa sesetengah pesakit berehat sepenuhnya di katil selama beberapa bulan.



Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Ada banyak jenis sakit belakang, tetapi paling biasa ialah rasa ketidakselesaan. Penyebab dan darjah kesakitan berbeza antara individu. Ada yang mengalami kesakitan akut, berpanjangan atau tegang pada satu tempat, terutama jika anda berbaring atau duduk pada satu posisi terlalu lama.

Yang penting ialah mengenal pasti jenis kesakitan yang anda alami kerana ia boleh membantu dan menjadi panduan kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah anda. Ini kerana ada masalah sakit belakang turut menyebabkan kesakitan pada kaki dan ia sering disalah tafsir.

Saraf dan Cakera Tulang Belakang

Jika anda mengalami kesakitan teruk diikuti rasa kebas, lebih baik segera berjumpa doktor kerana ia mungkin menandakan ada yang tidak kena dengan saraf tunjang.

Pergerakan saraf yang sihat dalam tulang belakang tidak akan menyebabkan kita berasa sakit. Kita hanya berasa sakit apabila saraf ini terhalang, tertekan, terhimpit, mengalami keradangan atau bengkak.

Saraf boleh mengalami keradangan dan bengkak apabila ia tertekan, contohnya apabila cakera tulang belakang teralih. Cakera ini berbentuk bulat tetapi leper dan mengandungi cecair untuk menyerap hentakan. Perubahan yang berlaku pada cakera ini boleh menyebabkan kesakitan.

Masalah Cakera

Ada beberapa jenis masalah cakera tulang belakang iaitu :

* Cakera bengkak.
* Cakera teralih — ada beberapa jenis, sama ada ia terkeluar sedikit, separuh atau pecah.
* Cakera menjadi nipis (hasil pergerakan).
* Kemerosotan cakera pembentukan osteofit, iaitu satu unjuran tulang berbentuk duri. Ia terbentuk pada kawasan yang mengalami kemerosotan dan disebabkan proses penuaan.

Masalah cakera boleh berlaku pada mana-mana bahagian tulang belakang dari leher (dipanggil tulang servikal, C1 hingga C7); torasik (pada dada, T1 hingga T12) atau lumbar (di bawah pinggang, L1 hingga L5). Contohnya C1 bermakna tulang servikal pertama pada leher (di bawah kepala).

Namun bahagian yang kerap menyebabkan kesakitan ialah pada tulang servikal C5 hingga C7 dan lumbar iaitu L3, L4 dan L5 kerana ia paling banyak bergerak. Saraf tunjang terletak dalam turus tulang belakang dan pada setiap bahagian tulang akan keluar dua saraf di kiri dan kanan.

Apa-apa saja yang menekan, menghalang atau menyebabkan saraf terjejas akan menyebabkan kita berasa sakit. Setiap tulang belakang ini ada satu sendi besar dan dua sendi kecil. Sebarang masalah pada sendi ini juga boleh menyebabkan kesakitan.

Kesakitan dialami setiap orang berbeza. Tidak kurang juga tersilap diagnos, terutama jika pesakit mengadu sakit seluruh kaki. Sakit pada seluruh kaki (belakang) yang bermula dari bahagian atas menunjukkan ia ada kaitan dengan saraf siatika. Ia sebenarnya sakit belakang yang menjalar ke seluruh kaki kerana saraf siatika tertekan atau terhimpit. Kesakitan ini lebih terasa apabila seseorang itu bersin atau batuk.

Masalah cakera boleh berlaku pada mana-mana bahagian. Ia boleh disebabkan faktor penuaan, genetik, kecacatan sejak lahir (kongenital) atau kerosakan mekanikal seperti stenosis, iaitu penyempitan anbormal pada laluan saraf mengakibatkan saraf tertekan atau terhimpit.

Rawatan

Bukan semua orang memerlukan rawatan. Individu yang berasakan kesakitan itu masih boleh ditanggung dan tidak menjejaskan aktiviti harian tidak memerlukan rawatan, walaupun ujian menunjukkan mereka mengalami masalah cakera.

Rawatan hanya diberi apabila kesakitan dialami menjejaskan fungsi seseorang. Ada beberapa jenis rawatan, tetapi biasanya masalah sakit belakang dimulakan dengan rawatan konservatif iaitu rehat dan fisioterapi.

Kaedah lain yang digunakan ialah prosedur laminektomi, iaitu sama ada pembuangan lamina atau cecair dalam cakera. Dalam proses pembuangan lamina, doktor memotong lapisan tisu nipis pada tulang belakang bagi mengurangkan kesakitan.

Jika masalah berpunca daripada sendi yang tidak stabil, doktor menjalankan prosedur mematikan sendi dengan mencantumkan dua tulang. Bagaimanapun, ini adalah kaedah lama dan jarang digunakan lagi.

Cara terbaru ialah pembedahan penggantian sendi. Bagaimanapun, keputusan diperoleh berbeza. Biasanya hasil pembedahan pada sendi tulang servikal lebih baik daripada tulang lumbar. Jika anda mahu memilih kaedah ini, bincang dulu dengan doktor.

Kaedah terbaru untuk mengatasi masalah sakit belakang ialah suntikan epidural atau epiduralisis. Ia berkesan untuk mengurangkan keradangan saraf, tidak memerlukan pembedahan dan mempunyai risiko komplikasi rendah.

Lebih 70% kes sakit belakang dapat dikurangkan melalui kaedah suntikan epidural. Bagaimanapun, jangan salah anggap kerana ia tidak sama dengan epidural untuk wanita bersalin. Kesan ubat bertahan enam bulan dan paling penting ialah ia boleh meningkatkan keupayaan seseorang untuk bergerak dengan lebih baik.

Kaedah ini mudah, lebih murah dan cepat. Pesakit tidak perlu masuk ke hospital dan boleh balik selepas menerima suntikan. Selepas diperiksa, doktor memberi suntikan pada bahagian saraf yang bengkak atau mengalami keradangan menggunakan kateter khas.

Siapa Yang Sesuai Mendapatkan Suntikan Ini?.

+ Individu yang masih mengalami kesakitan walaupun melakukan pelbagai kaedah konservatif (tidak termasuk pembedahan).

+ Individu yang mengalami masalah stenosis tulang belakang (saluran saraf pada tulang belakang menjadi sempit).

+ Individu yang ada masalah cakera teralih atau cakera pecah.

+ Individu yang alami radienlopathy — individu yang turut mengalami sakit kaki.

+ Ada masalah fibrosis epidural iaitu kehadiran parut pada tulang belakang selepas pembedahan. Parut ini melekat pada saraf dan menyebabkan kesakitan. Suntikan epidural boleh melekangkan balik saraf yang melekat itu.

+ Individu yang alami sindrom kegagalan pembedahan belakang, iaitu masih mengalami kesakitan walaupun sudah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, kaedah ini tidak sesuai bagi pesakit yang mengambil ubat pencair darah seperti pesakit jantung. Pun begitu, pesakit yang mengambil ubat pencair darah boleh mencuba kaedah ini dengan menghentikan pengambilan ubat itu untuk beberapa ketika. Bincang dengan doktor bagi mengelak masalah kesihatan.

Kaedah Rawatan Lain

Kaedah seterusnya ialah ablasi radiofrekuensi iaitu untuk membuat saraf yang menyebabkan kesakitan menjadi kebas bagi mengurangkan sensitivitinya atau mematikan terus saraf berkenaan.

Cara terakhir ialah pembedahan. Semua pesakit disaran mencuba kaedah lain terlebih dulu sebelum bersetuju menjalani pembedahan kerana bukan semua masalah sakit belakang dapat diselesaikan dengan pembedahan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

Hanya jika kesakitan pada kaki melebihi sakit pada pinggang hingga sukar atau tidak boleh berjalan seperti sakit siatika (akibat saraf siatika), pembedahan adalah kaedah terbaik.

Untuk kesan lebih baik, semua jenis rawatan, termasuk suntikan epidural, perlu dilengkapkan dengan senaman atau latihan fisioterapi. Buat senaman untuk menguatkan otot dan sendi tulang belakang. Antara senaman terbaik ialah berenang kerana ia bukan saja menguatkan otot, tetapi turut membantu menstabilkan tulang belakang.

Selain itu, individu yang ada masalah sakit belakang dan sudah menjalani rawatan dinasihatkan supaya mengekalkan berat badan seimbang. Kegemukan membuat masalah sakit belakang menjadi lebih teruk.

01 April 2011

lewat+katak+terlewat

hari ni sy bangun LEWAT.




 bile masuk kete, konon2 nk udara segar,bukak tingkap.KATAK lompat masuk dlm kete.


punyela tkejut,stop kete then terus kuis2 katak tu supaya kuar dr kete. maka saya TERLEWAT masuk opis.